Pada awal penubuhannya (1970), bangunan ini telah digunakan oleh Jabatan Geologi Sarawak sebagai pusat operasi. Kemudiannya pada tahun 1980, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah menjadikan bangunan ini sebagai pusat pengendalian pembangunan ekonomi kepada golongan usahawan bumiputra.

Dalam tahun 1990, bangunan ini telah menjadi hakmilik Kementrian Pembangunan Industri Sarawak (MID). Di bawah pengendalian MID, bangunan ini digunakan sebagai Pusat Maklumat Perindustrian dan Keusahawanan Sarawak untuk semua aktiviti pembangunan keusahawanan bagi menyebarkan maklumat mengenai polisi industri, faedah, strategi serta program yang berkaitan dengan perindustrian di Sarawak.

Hari ini, bagi meluaskan lagi aktiviti pembangunannya MID telah memajukan lebih banyak kawasan perindustrian agar dapat bersaing diperingkat tertinggi untuk menarik lebih ramai pelabur samada dari dalam mahupun luar negeri. Ini menjadi landasan kepada MID untuk lebih proaktif dan agresif bagi mempromosikan pelbagai kelebihan perniagaan yang terdapat di Sarawak kepada pelabor berpotensi. Dengan sedikit pengubahsuaian, bangunan SIPEC telah menjadi sebuah pusat terpenting kepada keseluruhan aktiviti dalam mengendali dan mempromosikan Sarawak sebagai satu lokasi perniagaan yang berpotensi kepada pelabur berpotensi.