|
Sarawak
terletak di utara pantai barat Borneo dan menikmati
pinggir laut yang luas iaitu 720 kilometer di
Laut Cina Selatan. Brunei terletak di bahagian
utaranya, Sabah di bahagian barat dan Kalimantan
Indonesia di sebelah selatannya.
Sarawak
dengan keluasan 125,000 kilometer persegi merupakan
negeri yang terbesar daripada 13 buah negeri dalam
Malaysia. Bandar raya Kuching merupakan ibu negeri
Sarawak.

|