|

Pesekitaran
ekonomi global dijangka kekal rancak dan dinamik sehingga
dekad akan datang dengan perindustrian dan negara-negara
membangun dijangka mengekalkan kelestarian pertumbuhan
outputnya. Perdagangan global dijangka mengembang sebanyak
8 peratus. Tinjauan dalaman yang memberangsangkan dan
berterusan ini pasti akan mengekalkan momentum pertumbuhan
ekonomi Malaysia yang tinggi pada tahap yang stabil.
Sarawak yang merupakan negeri yang terbesar daripada
13 buah negeri yang lain dalam Malaysia mensasarkan
pembangunan sepenuhnya seiring dengan negara-negara
lain menjelang tahun 2020. Sarawak telah mengenal pasti
empat sektor sebagai punca utama pertumbuhan iaitu sektor
pembuatan, pertanian komersial, pembinaan dan perkhidmatan.
Dengan
adanya tanah dengan harga yang menarik dan kaya dengan
sumber asli simpanannya, Sarawak telah menjadi pilihan
yang menarik untuk operasi pembuatan di kalangan pelabur.
Kerajaan
Sarawak telah meluaskan dasar kepelbagaian ekonomi dan
dengan demikian menyediakan insentif yang menarik kepada
semua pelabur di dalam negeri. Insentif-insentif ini
merupakan tambahan kepada insentif-insentif lain yang
telah disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk pelabur
asing. Bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang cekap,
produktif dan mahir untuk memenuhi keperluan industri
di Sarawak, KPP Sarawak telah bekerja rapat dengan institusi
pendidikan di Malaysia.
Pengalaman
pelabur yang telah beroperasi di Sarawak menunjukkan
bahawa Sarawak mempunyai kelebihan untuk menjadi pilihan
yang tepat untuk pelabur asing yang mengharapkan peluang
pelaburan yang lumayan di wilayah Asia Pasifik.
|