Terletak hanya 24 km dari Bandar Miri yang kaya dengan sumber asli. Industri berasaskan kayu, limbungan binaan kapal, industri ringan dan sederhana semuanya membentuk kompleks perindustrian bersepadu.

Kuala Baram sedang dibangunkan. Fasa terakhir iaitu Fasa III masih dalam proses pembangunan dan dijangka siap pada tahun 2000. Seperti fasa-fasa terdahulu, Fasa III dijangka mempunyai semua ameniti; jalan yang sempurna, parit dan paip air dan kabel elektrik di tepi jalan. Jalan ekses yang baru, yang disiapkan pada tahun 1999, dijangka dapat menyediakan ekses yang lebih mudah dan lebih banyak untuk syarikat-syarikat di Kuala Baram.

Kelebihan Kuala Baram dari segi industri berasaskan sumber memanglah banyak. Kedudukan taman yang berhampiran dengan Kuala Sungai Baram memanglah sesuai sekali untuk syarikat-syarikat berasaskan kayu kerana ini memudahkan pengangkutan hasil kayu.

Penempatan syarikat-syarikat besar di Taman Industri Kuala Baram akan memudahkan ekses terhadap penggunaan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di Sarawak. Pelabuhan baru Miri juga dibina di kawasan ini.

Pelabuhan ini beroperasi penuh dalam tahun 1980 dengan kemudahan yang cukup untuk mengendalikan bahan-bahan binaan dan jentera berat dan akan memenuhi keperluan taman-taman perindustrian di sekitar Miri. Limbungan binaan kapal juga akan disediakan dekat dengan pelabuhan ini .

 

 

Kawasan yang dirancang
:
1564 Hektar
Kawasan yang dibangunkan
:
1190 Hektar
Kawasan yang boleh dijual
:
1100 Hektar
Jarak dan bandar terdekat
:
24 KM
Harga jualan sekaki persegi
:
RM 5.00 bagi tapak tidak bertimbus
RM 10.00 bagi tapak bertimbus
Kadar taksiran tahunan
:
12% daripada nilai taksiran
Tempoh pajakan
:
60 tahun

Jenis industri yang diutamakah

:
Industri Berasaskan Kayu Balak, Pembinaan Kapal / Pembaikang Kapal, Kerja Kejuruteraan Luar Pantai, Industri AM.

 


 

 


Hakcipta Terpelihara © 2001 Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak
Hubungi Webmaster